TERMA & SYARAT

Berikut adalah terma & syarat pembelian design rumah dan perkhidmatan yang disediakan di WWW.REKABENTUKRUMAH.COM.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memahami dan mematuhi segala terma dan syarat yang digariskan di bawah antara REKABENTUKRUMAH.COM/Design IDEAS Consultancy-002289483-U (Pemilik REKABENTUKRUMAH.COM) dan anda sebagai pembeli dan pengguna.


HARGA

1. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM berhak menentukan harga bagi perkhidmatan yang disediakan dan pembelian design rumah yang di pamerkan di  laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM berdasarkan keluasan binaan serta Pakej lukisan yang disediakan.

2. Pihak kami juga berhak melakukan sebarang Promosi atau potangan harga bagi menururunkan harga jualan perkhidmatan dan pakej lukisan yang disediakan serta menaikkan harga pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung kepada pembeli/syarikat pembeli/pengguna laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM.


HAK CIPTA

1. Produk ini terlindung dengan Hak Cipta Terpelihara daripada pihak REKABENTUKRUMAH.COM/Design IDEAS Consultancy di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana undang-undang Harta Intelek di negara ini.

2. Sesetengah nama, logo, informasi, imej, lukisan, rekabentuk, pelan, tajuk dan isi kandungan pada laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM dan produk keluaran pihak REKABENTUKRUMAH.COM adalah dilindungi Akta Hak Cipta 1987. Tindakan undang-undang akan diambil bagi sebarang penggunaan tanpa mendapat kebenaran daripada pihak REKABENTUKRUMAH.COM.

3. Lukisan & lain-lain produk yang ditempah daripada  laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM adalah untuk kegunaan pembeli/syarikat pembeli/pengguna sahaja dan dilarang menyebarkan atau menjualkannya dalam apa jua bentuk kepada pihak ketiga.


PENGGUNAAN PELAN YANG DITEMPAH

1. Segala jenis muat turun (download) dan salinan (print) yang telah dibuat kepada pembeli/syarikat pembeli/pengguna adalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak boleh diedarkan atau dijual kepada pihak lain.

2. Pembeli/syarikat pembeli/pengguna perlu mengambil tindakan yang sewajarnya selari dengan peruntukan Undang-undang negara Malaysia sebelum membina rumah berdasarkan lukisan yang ditempah.  Pihak REKABENTUKRUMAH.COM tidak bertanggungjawab sekiranya pembeli/syarikat pembeli/pengguna dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang berkaitan.

3. Lukisan & lain-lain produk yang ditempah daripada  laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM adalah sebagai pemudah cara bagi membantu pembeli/syarikat pembeli/pengguna dalam urusan membina rumah dan bukan bertindak untuk menggantikan khidmat perunding professional yang ada.

4. Setiap pelan rumah yang direka mempunyai keluasan tersendiri dan sesuai dibangunkan di atas tanah dengan keluasan minimum tertentu. Sebarang perubahan keluasan pada pelan rumah yang dibuat oleh pembeli adalah di luar tanggungjawab pihak REKABENTUKRUMAH.COM.


KEPERLUAN PENGEMUKAKAN PELAN KEPADA PBT (PIHAK BERKUASA TEMPATAN)

1. Pembeli/syarikat pembeli/pengguna perlu melantik Arkitek/Pelukis Pelan Berdaftar/Jurutera untuk proses mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)/Majlis Perbandaran jika diperlukan sebelum membina rumah berdasarkan lukisan yang di tempah.

2. Bagi membantu memudahkan pembeli/syarikat pembeli/pengguna mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)/Majlis Perbandaran, pihak REKABENTUKRUMAH.COM membenarkan lukisan dalam bentuk softcopy format AutoCAD yang ditempah (bergantung kepada Pakej lukisan yang dipilih) di ubahsuai oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna atau wakil yang dilantik bagi menepati keperluan PBT/Majlis Perbandaran. Namun pihak REKABENTUKRUMAH.COM tidak bertanggungjawab ke atas implikasi pindaan tersebut dan sebarang kos tambahan yang perlu di tanggung.

3. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM tidak bertanggungjawab di atas kos tambahan yang perlu di tanggung oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna dalam proses mendapatkan kelulusan PBT/Majlis Perbandaran.


FORMAT LUKISAN YANG DISEDIAKAN

1. Semua lukisan yang dijual samada bagi penjualan design rumah sediada di dalam galeri online kami, penyediaan design rumah yang dipinda serta penyediaan design baru adalah didalam format ‘softcopy’ yang akan dihantar melalui email atau boleh dimuat turun melalui link yang diberikan selepas bayaran disahkan.

2. Pemberian lukisan ‘hardcopy’ adalah tertakluk kepada promosi yang dilakukan oleh pihak kami dan boleh berubah dari masa ke semasa. 

3. Setiap pakej pelan yang dijual adalah berbentuk pelan konsep/lukisan kerja sahaja (bergantung kepada pakej lukisan yang dipilih) tanpa pelan struktur. Pembeli masih perlu mendapatkan pelan struktur daripada jurutera bangunan yang bertauliah.


POLISI KHUSUS PENYEDIAAN REKABENTUK BARU MELALUI PERKHIDMATAN ‘CUSTOM DESIGN NE’

1. Pembeli/syarikat pembeli/pengguna yang berminat mendapatkan design rumah baru boleh membuat tempahan melalui ‘Custom Design Ne’ yang ditawarkan di laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM.

2. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM berhak mempamerkan dan menjual semula setiap rekabentuk rumah yang di buat melalui perkhidmatan ‘Custom Design Ne’ di laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM.

3. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM berhak menolak tempahan yang dibuat melalui perkhidmatan ‘Custom Design Ne’ seandainya kuota tempahan bulanan telah penuh atau projek yang dikehendaki diluar kemampuan pihak REKABENTUKRUMAH.COM. Bayaran tempahan deposit yang telah dibuat akan dikembalikan kepada pembeli/syarikat pembeli/pengguna yang membuat tempahan.


POLISI KHUSUS PAKEJ PINDAAN LUKISAN YANG DITAWARKAN

1. Pembeli/syarikat pembeli/pengguna yang berminat membuat pindaan design rumah yang di paparkan di laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM  boleh membuat tempahan melalui pakej pindaan yang ditawarkan.

2. Pindaan yang hendak dibuat hendaklah tidak membabitkan perubahan melebihi 30% daripada design asal. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM berhak menolak tempahan yang dibuat seandainya tidak memenuhi keperluan di atas dan wang tempahan akan dikembalikan kepada pembeli/syarikat pembeli/pengguna yang membuat tempahan.

3.  Perubahan yang melebihi 30% daripada design asal akan dicadangkan untuk diubah kepada perkhidmatan ‘Custom Design Ne’. Jika pembeli/syarikat pembeli/pengguna bersetuju, pembeli/syarikat pembeli/pengguna perlu membuat baki bayaran sesuai dengan bayaran deposit untuk perkhidmatan ‘Custom Design Ne’ sebelum kerja-kerja penyediaan draf pelan dilakukan oleh pihak REKABENTUKRUMAH.COM.

4. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM berhak mempamerkan dan menjual semula setiap rekabentuk rumah yang di pinda melalui pakej pindaan di laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM.


POLISI PEMULANGAN WANG

Pihak REKABENTUKRUMAH.COM menawarkan polisi pemulangan wang 100% untuk perkara-perkara seperti berikut:-

1) Tempahan gagal dihantar melalui email atau link muat turun (download) oleh pihak REKABENTUKRUMAH.COM dalam masa selewat-lewatnya 14 hari bekerja selepas bayaran disahkan bagi pakej pembelian design rumah sediada yang dipaparkan di laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM.

2) Tempahan gagal dihantar melalui email atau link muat turun (download) oleh pihak REKABENTUKRUMAH.COM dalam masa selewat-lewatnya 21 hari bekerja selepas draf pindaan rekabentuk disahkan oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna bagi pakej pindaan design rumah sediada yang dipaparkan di laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM.


SENARAI KONTRAKTOR YANG DIIKLANKAN

1. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM hanya mengiklankan senarai kontraktor untuk dihubungi oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna yang berminat untuk berhubung/berkomunikasi dengan kontraktor setempat bagi membina rumah.

2. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM hanya bertindak sebagai pemudah cara untuk pembeli/syarikat pembeli/pengguna berhubung dengan pihak kontraktor. Sebarang urusan berhubung pembinaan, pembayaran, kos, tempoh masa pembinaan dan sebagainya hendaklah dirujuk terus dengan kontraktor pilihan anda.

3. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM tidak bertanggungjawab di atas sebarang masalah yang timbul antara pembeli/syarikat pembeli/pengguna dengan kontraktor yang kami iklankan di laman ini samada sebelum, semasa dan selepas pembinaan.


PENAFIAN

1. Segala penerangan, maklumat, lukisan, ukuran, spesifikasi yang disediakan didalam pakej lukisan/produk oleh pihak REKABENTUKRUMAH.COM adalah yang terbaik daripada kami berdasarkan pengetahuan dan kepakaran yang kami miliki.

2. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM tidak bertanggungjawab ke atas ketidakfahaman oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna ke atas lukisan/produk yang dibeli serta kesan-kesan yang timbul akbat permasalah tersebut samada akan membabitkan pertambahan kos, masa pembinaan dan sebagainya.

3. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM juga tidak bertanggungjawab untuk kegagalan mendapatkan design rumah yang serupa seperti yang digambarkan oleh lukisan yang kami sediakan didalam pakej lukisan/produk yang dibeli serta kos tambahan yang perlu dikeluarkan oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna dalam proses pembinaan rumah. Semuanya adalah bergantung kepada kos bahan binaan setempat, kualiti bahan binaan yang dipilih, kualiti kerja kontraktor, pemantauan oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna sebelum, semasa dan selepas pembinaan serta pindaan atau perubahan yang telah dilakukan oleh pembeli/syarikat pembeli/pengguna samada sebelum, semasa atau selepas pembinaan.


LAIN-LAIN

1. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak lain ke atas pembeli.

2. Pihak REKABENTUKRUMAH.COM mempunyai hak untuk mengubah syarat di atas mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis makluman kepada pembeli dan bakal pembeli pelan rumah di laman sesawang WWW.REKABENTUKRUMAH.COM.