TAWARAN KHUSUS UNTUK KONTRAKTOR

BANNER PROMOSI 2

Salam hormat….


ANDA NAK BINA RUMAH PELANGGAN KAMI TAK….?


Saban hari, kami menerima banyak tempahan pelan rumah & pertanyaan daripada pelanggan serta bakal pelanggan di seluruh negara untuk membina rumah impian mereka.

Ada yang masih di peringkat perancangan…..

Dan

Ada yang dah bersedia nak bina rumah….tengah tunggu pelan rumah sahaja (tukang @ kontraktor semua sudah ada).

Ada juga yang belum membuat keputusan & bertanya pelbagai soalan samada menerusi wsapp, email atau sms kepada kami….

Jika pertanyaan berkisarkan tentang pelan rumah, design, material & sebagainya, maka bolehlah kami menjawabnya dengan hati yang tenang….


Namun, ada juga pertanyaan yang tidak dapat kami jawab seperti:-

1. Tuan boleh rekomen kontraktor tak? Saya nak bina rumah di Temerloh… (‘Temerloh’ sebagai contoh sahaja…Sebenarnya kami menerima soalan yang sama untuk banyak tempat berbeza)

2. Berapa kos kontraktor untuk bina rumah ‘B101’ ni?

3. Saya nak buat ‘loan’ kerajaan. Ada tak pihak yang dapat bantu?

4. Tuan ni kontraktor skali ke?

5. Kalau saya lantik tuan untuk bina rumah kami, boleh ke?


PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI….


Kami tidak sanggup untuk menghampakan para pelanggan kami..

Pada waktu yang sama, kami juga sedar ramai kontraktor berwibawa seperti anda yang tercari-cari ‘job’ saban tahun yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan kami tersebut.


Jadi, kami ingin menawarkan peluang tersebut kepada anda jika berminat…

Kami berhasrat MENGIKLANKAN syarikat pembinaan anda kepada para pelanggan kami yang memang dah ‘confirm’ nak bina rumah yang ada diseluruh negara termasuklah di Sabah & Sarawak.


ANDA BERMINAT TAK…..?

Jika berminat, teruskan membaca……..


Begini caranya…..

Kami di REKABENTUKRUMAH.COM sentiasa peka dengan keperluan pelanggan.

Ramai pelanggan yang tak mahu pening kepala memikirkan banyak masalah untuk membina rumah idaman mereka termasuklah perihal mencari kontraktor. Yang paling penting, mereka mahukan design yang cantik sesuai dengan keperluan keluarga mereka (part ini, kami yang akan uruskan) & dan rumah berkualiti yang siap dibina menepati masa & spesifikasi yang mereka mahukan (part ini kami harap anda dapat membantu).

Jadi, kami sedang mewujudkan satu laman khas untuk anda iklankan syarikat pembinaan anda dilaman web kami agar mudah untuk dihubungi oleh para pelanggan kami.

Kami akan paparkan maklumat syarikat anda kepada pelanggan & bakal pelanggan kami seperti nombor telefon, email, kawasan beroperasi & sebagainya termasuklah link ke website/ blog anda jika ada.

Dan pelanggan seterusnya boleh terus menghubungi anda untuk perbincangan lanjut samada bagi mendapatkan anggaran kos ataupun bagi membina rumah idaman mereka.


Berita baiknya…..

Anda tidak perlu memberi sebarang komisyen kepada kami seperti kebanyakan orang (yang biasanya mengenakan 1% – 3% komisyen daripada kos pembinaan untuk tugas ini)….

Sebaliknya anda dapat mengiklankan syarikat pembinaan anda di laman web kami yang merupakan GALERI DESIGN RUMAH ONLINE TERBESAR DI MALAYSIA buat masa ini pada kadar harga CUMA serendah

RM 29.90*/sebulan


Ya…..

Cuma RM 29.90*/ sebulan

(Caj ini akan kami naikkan jika kuota 100 kontraktor pertama sudah penuh)

(Berapalah sangat RM 29.90/sebulan jika dibandingkan dengan keuntungan yang anda bakal peroleh apabila membina rumah pelanggan kami tersebut itu nanti)


Bukan itu sahaja…..

Anda juga akan mendapat 2 FAEDAH TAMBAHAN berikut yang bernilai lebih RM 500 secara PERCUMA iaitu…..


# FAEDAH NO 1

 

paperbackbookstanding_849x1126 (2)

Anda akan mendapat e-book ‘200 KOLEKSI DESIGN RUMAH’ iaitu koleksi yang menghimpunkan kesemua design yang ada di laman web kami secara PERCUMA.

(Ebook 200 Koleksi Design ini kami jual pada harga PROMOSI sekurang-kurangnya RM 100 di laman web kami. Sebagai kontraktor yang mengiklankan syarikat anda di laman web kami, anda akan mendapatnya secara PERCUMA).

Anda boleh ‘download’ ebook ini dalam masa 24 jam selepas bayaran disahkan.

Kami faham…..Anda juga ada pelanggan sedia ada anda & anda mungkin berjumpa dengan bakal pelanggan anda. Jadi, anda boleh ‘print’ koleksi ini & tunjukkan kepada bakal pelanggan anda.

Ini adalah contoh kandungan e-book ini…

C131

Secara tidak langsung, ianya akan membantu memudahkan anda berbincang dengan bakal pelanggan anda, membuat pilihan design yang paling sesuai serta menaikkan kredibiliti anda sebagai kontraktor berpengalaman yang mempunyai koleksi sekurang-kurangnya 200 design rumah yang terdiri daripada design rumah setingkat, 2 tingkat, semi D setingkat & sebagainya.

Kos yang anda perlukan jika anda melantik designer/arkitek anda sendiri untuk menyediakan 200 koleksi design rumah ini pada harga sekurang-kurangnya RM 200 setiap satu ialah RM 40 000. (Itu pun kalau anda boleh dapat RM 200 untuk 1 design dalam bentuk 3D).


# FAEDAH NO 2

Anda akan mendapat TAWARAN HARGA DISKAUN ISTIMEWA jika anda menempah pelan rumah daripada kami sebagai kontraktor yang berdaftar dengan kami. Mohon hantarkan Kod Jualan Design rumah yang ingin ditempah beserta pakej lukisan & nama syarikat anda ke 013 227 0315 untuk membuat tempahan pada harga diskaun Istimewa.


Adakah Anda tak yakin dengan jumlah pelawat di laman web kami?

Dengan strategi Promosi secara konsisten yang kami lakukan, kami percaya, syarikat pembinaan anda juga dapat berkembang bersama-sama syarikat kami.

Berikut adalah ‘screenshot’ jumlah pelawat semasa di laman web kami yang mahu membina rumah.

TRAFFIC DI REKABENTUKRUMAH

Secara purata kami menerima antara 600-800 pelawat baru setiap hari & hampir 2500 pelawat berulang setiap hari.

Jumlah ini kami yakin akan bertambah dari masa ke semasa…


Bahkan kami juga bekerjasama* dengan agensi kerajaan bagi tujuan promosi ini termasuklah dengan

mdec

*Kerjasama ini adalah sempena “MYCYBERSALE 2015”

mycybersale


Jadi….Tunggu apa lagi……

Buatlah TEMPAHAN sekarang sebelum kuota 100 KONTRAKTOR PERTAMA penuh…..


# TEMPAHAN PENGIKLANAN UNTUK 1 TAHUN 

RM 29.90 X 12 = RM 358.80

Tapi anda CUMA perlu bayar RM 350 sahaja (ANDA JIMAT RM 8.80 untuk tempahan selama 1 tahun)


 # TEMPAHAN PENGIKLANAN UNTUK 2 TAHUN 

RM 29.90 X 24 = RM 717.60

Tapi anda CUMA perlu bayar RM 680 sahaja (ANDA JIMAT RM 37.60 untuk tempahan selama 2 tahun)


 # TEMPAHAN PENGIKLANAN UNTUK 3 TAHUN 

RM 29.90 X 36 = RM 1076.40

Tapi anda CUMA perlu bayar RM 950 sahaja (ANDA JIMAT RM 126.40 untuk tempahan selama 3 tahun)

* PERCUMA 1 set 200 koleksi design rumah dalam bentuk hardcopy (printed berwarna) yang akan diposkan terus ke alamat anda. Bukan itu sahaja, kami juga akan memasukkan maklumat syarikat pembinaan anda (custom cover) pada muka hadapan bagi membantu anda berdepan dengan pelanggan anda disamping meningkatkan kredibiliti syarikat pembinaan anda.

Jpeg