DESIGN RUMAH B1-04 (3 bilik /2 bilik air -45’x34′ – 1220 kaki persegi)

Pelan Lantai Design Rumah B104



PERINCIAN REKABENTUK RUMAH B104

  • Saiz Tanah Minimum Yang Diperlukan : 65 kaki (Lebar) x 64 kaki (Panjang)- “setelah mengambilkira anjakan bangunan 10 kaki di kiri, kanan, belakang & 20 kaki di hadapan”
  • Bukaan/Luas Tapak : 45 kaki (Lebar) x 34 kaki (Panjang)
  • Kategori : Rumah banglo 1 tingkat
  • Bilangan Bilik: 3 Bilik
  • Bilangan Bilik Air: 2 Bilik Air
  • Tempat Letak Kereta (TLK) : 1 TLK berbumbung
  • Keluasan Pelan Rumah : 891 kp (Luas Ruang Berdinding) + 329 kp (Luas Anjung Berbumbung) = 1220 kp (Luas Keseluruhan)
  • Ruang Dalaman Yang Disediakan (891 kp) : Ruang Tamu/Makan, Ruang Dapur, Bilik Tidur 1-3 & Bilik Air 1-2
  • Ruang Anjung Berbumbung Yang Disediakan (329 kp) : Anjung Hadapan, Anjung Kereta & Anjung Dapur

Perancangan Ruang : ‘Design’ Rumah B104 ini direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot berukuran sekurang-kurangnya 65 kaki lebar x 64 kaki panjang.

Luas keseluruhan pelan lantai Design B104 ini pula ialah 113.40 meter persegi atau bersamaan 1220 kaki persegi. Daripada jumlah luas ini, 891 kaki persegi ialah ruang dalaman berdinding.

Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 3 bilik tidur dan 2 bilik air, Rekabentuk Rumah B104 ini amat sesuai untuk anda.

Bilik tidur utama design rumah B104 ini agak luas (218 kaki persegi) dan mempunyai ‘attached bathroom’ didalamnya manakala bilik tidur 2 & bilik tidur 3 berkongsi 1 bilik air di bahagian luar bilik.

Rekabentuk rumah ini juga mempunyai ruang tamu yang agak luas & selesa (315 kaki persegi) dimana ruang tamu ini digabungkan dengan ruang makan.

Ruang ini juga dihubungkan dengan anjung hadapan menggunakan pintu ‘folding door’ bagi mewujudkan ‘strong connection’ dengan bahagian laman di hadapan rumah. Anjung kereta dengan kapasiti sebuah kereta pula berada di sisi rumah agar tiada halangan di antara ruang ini.

Di bahagian dapur, terdapat anjung dapur di bahagian luar dapur yang boleh digunakan samada sebagai ruang jemuran atau sebagai ruang berteduh sementara setelah penat melakukan aktiviti di luar rumah.

Terdapat 1 bilik setor berhampiran ruang dapur yang anda boleh gunakan untuk pelbagai tujuan.


Anggaran kasar kos Pembinaan Design B104

Bermula RM 158 000*

(Nota:*Anggaran ini disediakan sekadar rujukan awal bagi membantu anda membuat perancangan untuk pembelian lukisan pelan rumah B104 ini.

Ianya adalah berdasarkan kos perkiraan ‘lump sum’ RM 150 per kaki persegi bagi ruang berdinding & RM 75 per kaki persegi bagi anjung berbumbung.

Nilai kos pembinaan sebenar dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut iaitu kadar kos pembinaan semasa ditempat anda, lokasi pembinaan, bahan binaan & kaedah pembinaan yang dipilih serta kadar upah ditempat anda.

Menerusi lukisan yang bakal anda tempah nanti, anda boleh berikan kepada kontraktor di tempat anda bagi mendapatkan kos pembinaan sebenar.

Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja bagi membantu anda & tidak terlibat dengan pembinaan)


Dapatkan lukisan Design Rumah B104 ni sekarang pada HARGA PROMOSI untuk LEBIH JIMAT.

Mohon klik link dibawah untuk lebih lanjut


Galleries: DESIGN RUMAH 3 BILIK, DESIGN RUMAH SETINGKAT, and KELUASAN BAWAH 1400 KPS.