DESIGN RUMAH A1-11 (3 bilik/2 bilik air – 30 kaki x 34 kaki – 847 kaki persegi)

    Pelan Lantai Design Rumah A111


    PERINCIAN REKABENTUK RUMAH BANGLO 1 TINGKAT A111

    Kategori = Design Rumah Banglo 1 Tingkat


    Luas Keseluruhan = 78.10 Meter persegi / 840 Kaki persegi

    Luas Ruang Berdinding = 65.40 Meter persegi / 703 Kaki persegi
    Luas Anjung Berbumbung = 12.70 Meter persegi / 137 Kaki persegi


    Bukaan Tapak/Luas Pelan Lantai = 30′ Lebar x 35′ Panjang


    Ruang yang disediakan

    • 1 Anjung Kereta (1 Tempat Letak Kereta)
    • 1 Anjung Sisi
    • 1 Ruang Tamu
    • 1 Ruang Makan
    • 1 Ruang Dapur
    • 3 Bilik Tidur
    • 2 Bilik Air

    Rekabentuk Rumah A111 merupakan design rumah setingkat yang mengandungi 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Luas keseluruhan rekabentuk rumah ini ialah 840 kaki persegi sahaja dimana ruang dalamannya berkeluasan 703 kaki persegi.  Lebar keseluruhan rekabentuk rumah ini ialah 30 kaki manakala panjangnya pula ialah 34 kaki.

    Dari segi susunatur ruang pula, pintu masuk utama terletak di anjung kereta yang dapat memuatkan sebuah kereta bersaiz sederhana. Ruang tamu rekabentuk rumah ini dipisahkan dengan ruang dalaman yang lain bagi memberi sentuhan ‘privacy’ kepada penghuni rumah seandainya ada tetamu yang bertandang.

    Ruang makan yang terletak ditengah-tengah rekabentuk keseluruhan menjadi ruang penghubung antara ruang tamu dengan kesemua bilik tidur serta ruang dapur sesuai dengan fungsinya untuk digunakan oleh penghuni rumah & pada masa sama dapat memenuhi keperluan melayan tetamu jika diperlukan. Ruang makan ini juga dilengkapi dengan ‘sliding door’ yang dihubungkan kepada anjung sisi bagi memberi kelebihan kepada anda seandainya mahu mengadakan aktiviti luar rumah.

    Kesemua bilik tidur dipisahkan dengan bilik air bagi memberikan ‘fleksibility’ dari segi kegunaan kepada semua penghuni untuk menggunakan kemudahan tersebut pada masa yang berbeza secara maksimum walaupun rumah ini bersaiz kecil.

    2 bilik tidur dalam rekabentuk rumah ini dapat memuatkan katil ‘double’ manakala satu bilik tidur lagi dapat memuatkan sebuah katil ‘single’.

    Rekabentuk rumah ini amat sesuai jika anda mempunyai ahli keluarga yang kecil.


    Untuk mendapatkan lukisan detail Design Rumah A111 ini beserta ukuran dan spesifikasi pembinaan, anda boleh membuat tempahan melalui link dibawah..

    LUKISAN ASAS PAKEJ 1 (Format PDF Saiz A4)
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-1-laporan-rekabentuk-skematik

    LUKISAN DETAIL PAKEJ 2 (Format PDF Saiz A1)
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-2-lukisan-pembinaan-pdf-saiz-a1

    LUKISAN DETAIL PAKEJ 3 (Format AutoCAD)

    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-3-lukisan-pembinaan-autocad

    CUSTOM DESIGN/ PINDAAN DESIGN
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/deposit-custom-design

    Nota:
    Menerusi lukisan yang ditempah, ianya boleh digunakan untuk membantu anda berbincang, membuat pengiraan kos dan membina rumah. Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja dan tidak terlibat dengan pembinaan, ‘submission’ kepada PBT dan lain-lain.


    Jika anda seorang kontraktor bina rumah, anda boleh klik link dibawah untuk kami bantu anda dengan menyediakan Portfolio Design Rumah yang bakal memudahkan perbincangan awal anda dengan bakal pelanggan.
    https://pdr2019.com/


     

    Galleries: DESIGN RUMAH 3 BILIK, DESIGN RUMAH KONTEMPORARI, DESIGN RUMAH SETINGKAT, and KELUASAN BAWAH 1400 KPS.