ABOUT US

Tentang Kami

Founder/CEO

Jpeg

 

Amri Daud berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Senibina daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Sepanjang pengajian, beliau pernah dianugerahkan sebagai Best Designer Award, Best Student Award in Ko-Kurikulum (Convocation 2004 – Bachelor of Science in Architectural Studies) dan Best Student Award in Academic (Convocation 2006 – Bachelor of Architecture).

Memulakan kerjaya dalam bidang senibina sejak 2004 sehingga kini, beliau pernah berkhidmat di 3 buah Firma Arkitek terkemuka di Malaysia iaitu Arkitek Karya Budi Sdn Bhd, Kumpulan Senireka Sdn Bhd dan juga Arkitek Urusbina serta pernah mengendalikan pelbagai projek termasuklah dalam bidang perumahan, kediaman persendirian, komersial, institusi pendidikan, hotel, masjid dan juga hospital pakar.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang senibina, beliau pernah bertugas sebagai Arkitek Rekabentuk /’Design Architect’ (skop kerja – merekabentuk bangunan daripada pembentukan ‘brief’ sehingga penghasilan lukisan kerja/’working drawing’), Projek Arkitek (skop kerja – mengendalikan dan menguruskan projek sejak dari awal perancangan projek, pengemukakan lukisan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, penyediaan tender, pembinaan sehinggalah pengemukakan CCC-‘Certificate Of Completion and Compliance’) dan juga sebagai Arkitek Tempatan/’Resident Architect’ (skop kerja – mengendalikan dan memantau projek di tapak binaan sejak dari kerja-kerja tanah sehingga bangunan siap untuk didiami). Disamping itu, semasa berkhidmat di salah sebuah firma arkitek tersebut, beliau juga pernah bekerjasama dengan arkitek terkenal dari Jepun iaitu arkitek KENGO KUMA dalam merekabentuk sebuah ‘iconic building’ di Nusajaya, Johor.

Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Jabatan Senibina, Fakuliti Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai Part Time Lecturer dan Internal Panel (Panel penilai dalaman untuk pembentangan kerja pelajar tahun akhir untuk Bachelor of Science dan juga Bachelor of Architecture) selama 2 tahun.­

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang ‘residential architecture’ dan keinginan untuk membantu seramai mungkin bakal pemilik rumah bagi mendapatkan pelan rumah yang lengkap terutama dalam penyediaan lukisan skematik dan lukisan kerja, maka terhasillah www.rekabentukrumah.com pada Mac 2012. (Segala perancangan dan kerja awal telah dimulakan sejak Disember 2010­)

 

Co-Founder

Jpeg

Azyyana Azmy berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengajian Senibina daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Walaupun beliau berkelulusan dalam bidang senibina, namun disebabkan minat yang mendalam dalam bidang rekabentuk dalaman/’Interior Design’, ianya telah mendorong beliau untuk memulakan kerjaya sebagai ‘Interior Design­­er’ sejak dari 2007 sehingga kini.

Beliau pernah berkhidmat di salah sebuah ID Consultant di Taman Tun Dr Ismail dan mengendalikan beberapa projek termasuklah penyediaan rekabentuk dalaman untuk UniAsia head quarters di Jalan Sultan Ismail, ‘office renovation’ di Mid Valley, Wangsa Maju, Setapak serta terlibat dalam pengubahsuaian dewan pameran FRIM (Forest Research Institute Malaysia). Pada masa yang sama, beliau turut aktif dalam penyediaan pelan rumah dan rekabentuk dalaman untuk beberapa buah rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur, Puchong, Damansara serta beberapa kawasan di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

Dengan kemahiran-kemahiran yang ada dalam bidang seni, beliau juga pernah berkhidmat sebagai ‘Part Time Lecturer’ di ‘Department of Applied Art and Design’, Fakuliti Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar,  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama lebih daripada 2 tahun.

Bersama-sama Amri Daud, beliau telah terlibat secara langsung dalam pembentukan idea, perancangan awal dan penyediaan rekabentuk sehingga terhasilnya www.rekabentukrumah.com.

 

Konsep Perniagaan

Di rekabentukrumah.com, kami bersedia membantu seramai mungkin bakal pemilik rumah persendirian dan kontraktor bina rumah terutamanya diluar bandar bagi mendapatkan lukisan design rumah berkualiti dan Lukisan Pembinaan pada harga yang amat berpatutan. Pelanggan boleh memilih rekabentuk sediada di GALERI ONLINE kami dan membuat tempahan pada harga DISKAUN melalui pembelian Pakej Lukisan menarik yang kami sediakan.

Disamping itu, jika pelanggan berhajat membuat pindaan ataupun mendapatkan rekabentuk baru, kami juga menyediakan perkhidmatan CUSTOM DESIGN bagi tujuan tersebut.

Selari dengan perkembangan teknologi hari ini, segala urusan pembelian, komunikasi dengan pelanggan dan sebagainya adalah 100% melalui ONLINE. Ianya bagi memudahkan lebih ramai pelanggan terutamanya di luar bandar termasuklah di Sabah & Sarawak mendapatkan design rumah yang menarik. Lukisan akan dihantar dalam bentuk ‘softcopy’ melalui email.

Kami tidak menyediakan perkhidmatan melukis pelan bagi tujuan pengubahsuaian rumah mahupun perkhidmatan mengemukakan pelan kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi tujuan mendapatkan kelulusan. Walaubagaimanapun, semua rekabentuk kami mengambilkira keperluan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 termasuklah anjakan bangunan, keluasan dan tinggi minimum ruang yang disediakan, keperluan pencahayaan serta pengudaraan dan sebagainya.

Harapan kami ialah agar dapat membantu seramai mungkin bakal pemilik rumah dan kontraktor bagi mendapatkan gambaran rumah idaman mereka melalui kepakaran yang kami sediakan iaitu melalui lukisan skematik/lakaran, lukisan kerja dan juga 3D perspektif.

Matlamat terdekat kami ialah bagi menyediakan koleksi rekabentuk rumah online terbesar di Malaysia agar dapat memberikan pilihan rekabentuk rumah kepada seramai mungkin bakal pemilik rumah.

 

Anda boleh menghubungi kami melalui:-

 

Email : rekabentukrumah@gmail.com

SMS/Whatsapp : 6019-8820714

Facebook : https://www.facebook.com/rekabentukrumah

Youtube: Rekabentukrumah

Tiktok : Rekabentukrumah

www.rekabentukrumah.com telah diasaskan dan diuruskan oleh DesignIDEAS Consultancy (002289483-U).

 

SEMOGA KAMI DAPAT MEMBANTU ANDA..!