Blog

RAMAI YANG TAK TAHU PERANAN PERUNDING YANG MEREKA AMAT PERLUKAN BILA NAK BINA RUMAH…!

“ENCIK BOLEH BUAT LUKISAN STRUKTUR SKALI KE…?”
“Alang-alang dah lukis pelan tu kan…!
Saya perlukan lukisan ‘footing’, saiz besi & beam & lain-lain…barulah boleh bina rumah…!
Kalau boleh, minta encik kira skali berapa biji bata, simen & lain-lain yang nak guna…!”
.
.
“Tersirap darah den bila dapat mesej macamni…!”
.
Bila fikir balik, nak marah pun tak boleh sebab realitinya ramai yang tak tahu fungsi setiap PERUNDING dalam pembinaan…
.
Maklumlah, bina rumah ni dibuat skali sahaja oleh kebanyakkan orang di atas muka bumi ni…
.
Takpe, izinkan kami untuk jelaskan satu persatu agar ramai yang dapat menfaat nanti..
.
.
1. Secara asasnya, ada 4 PERUNDING yang terlibat dalam penyediaan lukisan bila nak bina rumah.
.
2. Perunding-perunding tersebut ialah perunding ARKITEK, JURUTERA STRUKTUR, JURUTERA M & E (MEKANIKAL & ELEKTRIKAL) serta JURUKUR BAHAN.
.
3. Setiap perunding kecuali jurukur bahan akan menyediakan lukisan berlainan tetapi sangat berkaitan antara satu sama lain & amat diperlukan semasa pembinaan nantii.
.
4. Jurukur Bahan tidak menyediakan lukisan tetapi merekalah yang akan membuat pengiraan kuantiti bahan & kos pembinaan nanti.
.
5. Perunding pertama yang anda perlukan ialah PERUNDING ARKITEK yang akan menyediakan LUKISAN BANGUNAN.
.
6. Lukisan bangunan ini termasuklah pelan lantai, pelan bumbung, lukisan keratan rentas, lukisan pandangan sisi, lukisan 3D, lukisan pintu & tingkap dan lain-lain.
.
7. Tanpa lukisan bangunan yang disediakan oleh perunding arkitek, perunding-perunding lain tak dapat nak sediakan lukisan mereka.
.
8. Sebab tu, yuran perunding Arkitek adalah yang tertinggi berbanding perunding yang lain.
.
9. Perunding kedua yang anda perlukan ialah JURUTERA STRUKTUR yang akan menyediakan LUKISAN STRUKTUR.
.
10. Lukisan struktur ini termasuklah lukisan piling, lukisan footing/foundation, lukisan struktur yang menunjukkan saiz beam, tiang, saiz besi yang akan digunakan, jarak besi link, lukisan struktur untuk tangga, lantai & sebagainya.
.
11. Lukisan struktur bumbung juga disediakan oleh jurutera struktur.
.
12. Jika membabitkan keperluan pembinaan longkang, jalan, RC septik tank (tangki najis) & sebagainya, ianya juga dibawah skop kerja jurutera struktur.
.
13. Pendek kata, apa-apa yang membabitkan keperluan struktur, konkrit, kerja besi & lain-lain, jurutera strukturlah orang yang bertanggungjawab untuk membantu anda.
.
14. Daripada LUKISAN BANGUNAN yang disediakan oleh Arkitek, Jurutera Struktur akan menyediakan LUKISAN STRUKTUR berpandukan lukisan bangunan tersebut.
.
15. TANPA Lukisan Bangunan, Jurutera Struktur TAK DAPAT nak sediakan Lukisan Struktur.
.
16. Perunding ketiga yang anda mungkin perlukan ialah JURUTERA M&E.
.
17. Lukisan berkaitan pendawaian letrik termasuklah kedudukan lampu, kipas, AirCond, Water Heater, soket, suis & sebagainya disediakan oleh Jurutera M&E.
.
18. Jurutera M&E akan mencadangkan saiz wayar yang bersesuaian, single phase atau 3 phase & sebagainya berdasarkan perkiraan load kegunaan perkakasan letrik yang bakal digunakan.
.
19. Selain itu, lukisan berkaitan sistem kumbahan, sistem bekalan air & juga sistem tadahan air hujan juga disediakan oleh Jurutera M&E jika diperlukan.
.
20. Proses penyedian lukisan M&E ini juga sama seperti penyediaan lukisan struktur iaitu memerlukan adanya Lukisan Bangunan terlebih dahulu.
.
21. Tanpa Lukisan Banguna yanb disediakan oleh Arkitek, Jurutera M&E tak dapat nak sediakan Lukisan yang berkaitan mekanikal & elektrikal tersebut.
.
22. Bila semua perunding dah menyediakan lukisan masing-masing, Jurukur Bahan pula yang akan mengira kuantiti setiap bahan yang diperlukan untuk pembinaan berdasarkan lukisan yang disediakan oleh perunding-perunding yang lain.
.
23. Daripada kuantiti ini, barulah dapat dikira kos sebenar pembinaan.
.
24. Daripada pengiraan kuantiti ini juga, barulah anda dapat merancang pembelian bahan binaan.
.
.
.
Semoga perkongsian ini membantu memudahkan anda dalam proses nak bina rumah nanti.
.
Jangan anda main hentam sahaja nak suruh 1 perunding untuk sediakan semua lukisan… zalim nanti…
.
Dan yang pasti, setiap perunding ni ada kosnya nanti..
.
.
Pelukis pelan pula macamana?
.
Jawapannya mudah sahaja.
Setiap perunding ada pelukis pelan yang akan menyediakan lukisan.
.
Pelukis Pelan untuk Arkitek cuma menyediakan LUKISAN BANGUNAN.
Pelukis Pelan untuk Jurutera Struktur cuma menyediakan LUKISAN STRUKTUR.
Pelukis Pelan untuk Jurutera M&E cuma menyediakan LUKISAN M&E.
.
Sekali lagi…jangan pukul rata suruh 1 pelukis pelan untuk sediakan semua lukisan…Naya nanti