DESIGN RUMAH C1-15 (3 bilik / 1 bilik air – 56′ x 37′ – 1512 kaki persegi)

REKABENTUK RUMAH C1-15

Perancangan Ruang : ‘Design’ Rumah C115 direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot berukuran sekurang-kurangnya 75 kaki lebar x 67 kaki panjang. Luas keseluruhan pelan lantai C115 ini ialah 140.46 meter persegi atau bersamaan 1512 kaki persegi.

Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 3 bilik tidur & 1 bilik air, Rekabentuk Rumah C115 ini amat sesuai untuk anda.

Dari segi susunatur ruang, ruang tamu dipisahkan dengan semua ruang lain bagi memberikan sentuhan ‘privacy’ untuk keselesaan anda & keluarga terutamanya jika anda mempunyai anak perempuan.

Terdapat Ruang TV bersebelahan dengan ruang Tamu yang juga boleh dijadikan ruang solat atau pejabat jika diperlukan sesuai dengan keperluan keluarga anda. Ruang makan murupakan ruang utama yang berada di tengah-tengah rumah yang menghubungkan ruang yang lain seperti ruang dapur, ruang tamu serta kesemua bilik tidur.

Rekabentuk Rumah C115 ini mempunyai 2 tempat letak kereta berbumbung di bahagian sisi & anjung rehat/foyer di bahagian hadapan bagi memenuhi keperluan aktiviti anda di luar.

Perincian Rekabentuk Rumah C1-15

Saiz lot : 76 kaki lebar x 67 kaki panjang
Saiz Rumah : 56 kaki lebar x 37 kaki panjang

Luas Ruang Berdinding (LRB) : 98.55 meter persegi/ 1061 kaki persegi
Luas Anjung Berbumbung (LAB) : 41.91 meter persegi/ 451 kaki persegi
Luas Keseluruhan (LRB +LAB) : 140.46 meter persegi/ 1512 kaki persegi

Kategori : Rumah Banglo Setingkat

Bilik : 3 Bilik Tidur + 1 Bilik Setor
Bilik Air : 1 Bilik Air
Tempat Letak Kereta (TLK) : 2 Petak TLK (Berbumbung)

Ruang disediakan :

Foyer
Ruang Tamu
Ruang TV
Ruang Makan
Ruang Dapur
Ruang Basuh

 

 


Untuk membuat tempahan Lukisan Pelan Rumah ini, mohon klik link dibawah

<<TEMPAHAN PELAN>>


Galleries: DESIGN RUMAH 3 BILIK, DESIGN RUMAH SETINGKAT, and KELUASAN 1401-2000 KPS.