DESIGN RUMAH C110- PELAN RUMAH BANGLO 1 TINGKAT-3 BILIK (1849 KAKI PERSEGI-61’ X 51’)

     

    Pelan Lantai Design Rumah C110


    PERINCIAN REKABENTUK RUMAH BANGLO 1 TINGKAT C110

    Kategori = Design Rumah Banglo 1 Tingkat


    Luas Keseluruhan = 171.80 Meter persegi / 1849 Kaki persegi

    Luas Ruang Berdinding = 121.40 Meter persegi / 1307 Kaki persegi
    Luas Anjung Berbumbung = 50.40 Meter persegi / 1849 Kaki persegi


    Bukaan Tapak/Luas Pelan Lantai = 61′ lebar x 51′ Panjang


    Ruang yang disediakan

    • 1 Anjung Hadapan
    • 1 Anjung Kereta (2 Tempat Letak Kereta)
    • 1 Anjung Dapur
    • 1 Ruang Tamu
    • 1 Ruang TV/Keluarga
    • 1 Ruang Makan
    • 1 Ruang Dapur
    • 1 Ruang Basuh
    • 3 Bilik Tidur
    • 2 Bilik Air

    Perancangan Ruang :

    ‘Design’ Rumah C110 direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot berukuran sekurang-kurangnya 81 kaki lebar x 81 kaki panjang. Luas keseluruhan pelan lantai Rekabentuk Rumah C110 ini ialah 171.80 meter persegi atau bersamaan 1849 kaki persegi. Daripada jumlah tersebut, ruang dalaman adalah berkeluasan 1307 kaki persegi.

    Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 3 bilik tidur & 2 bilik air, Rekabentuk Rumah C110 ini amat sesuai untuk anda.

    Bilik tidur utama mempunyai ‘attached bathroom’ didalam bilik manakala bilik tidur 2 & bilik tidur 3 berkongsi 1 bilik air di bahagian luar.

    Rekabentuk rumah ini juga mempunyai ruang tamu yang agak luas & selesa dimana ruang tamu ini diasingkan dengan ruang yang lain bagi memenuhi keperluan ‘provasi’ keluarga anda terutamanya jika anda mempunyai anak perempuan.

    Di bahagian ruang ‘privasi’ untuk keluarga anda ini, terdapat 3 ruang utama bagi menjamin keselesaan anda & keluarga iaitu ruang makan yang agak luas yang dapat menempatkan meja makan untuk 8 orang, ruang TV/ruang keluarga dan juga ruang dapur.

    Dengan sentuhan ID, ruang dapur ini boleh anda jadikan samada berkonsepkan dapur terbuka atau sebaliknya.

    Terdapat anjung yang agak selesa di bahagian hadapan yang boleh dijadikan ruang rehat sebelum memasuki rumah. Anjung kereta yang dapat memuatkan 2 buah kereta pula berada di sebelah sisi rumah. Terdapat ‘sliding door’ antara anjung kereta dengan ruang tamu yang boleh menjadi satu kelebihan untuk anda apabila diadakan sesuatu majlis/kenduri.

    Di bahagian dapur pula, terdapat anjung dapur yang boleh dijadikan ruang jemuran atau untuk memenuhi keperluan aktiviti anda & keluarga anda dibahagian belakang rumah.


    Untuk mendapatkan lukisan detail Design Rumah C110 ini beserta ukuran dan spesifikasi pembinaan, anda boleh membuat tempahan melalui link dibawah..

    LUKISAN ASAS PAKEJ 1 (Format PDF Saiz A4)
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-1-laporan-rekabentuk-skematik

    LUKISAN DETAIL PAKEJ 2 (Format PDF Saiz A1)
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-2-lukisan-pembinaan-pdf-saiz-a1

    LUKISAN DETAIL PAKEJ 3 (Format AutoCAD)

    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-3-lukisan-pembinaan-autocad

    CUSTOM DESIGN/ PINDAAN DESIGN
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/deposit-custom-design

    Nota:
    Menerusi lukisan yang ditempah, ianya boleh digunakan untuk membantu anda berbincang, membuat pengiraan kos dan membina rumah. Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja dan tidak terlibat dengan pembinaan, ‘submission’ kepada PBT dan lain-lain.


    Jika anda seorang kontraktor bina rumah, anda boleh klik link dibawah untuk kami bantu anda dengan menyediakan Portfolio Design Rumah yang bakal memudahkan perbincangan awal anda dengan bakal pelanggan.
    https://pdr2019.com/

     

     

    Galleries: DESIGN RUMAH 3 BILIK, DESIGN RUMAH SETINGKAT, and KELUASAN 1401-2000 KPS.