DESIGN RUMAH C1-07 (3 bilik / 2 bilik air – 48′ x 54′ – 1673 kaki persegi)

REKABENTUK RUMAH C1-07

Perancangan Ruang : ‘Design’ Rumah C107 ini direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot berukuran sekurang-kurangnya 68 kaki lebar x 84 kaki panjang.

Luas keseluruhan pelan lantai Rekabentuk Rumah C107 ini ialah 155.40 meter persegi atau bersamaan 1673 kaki persegi. Daripada jumlah tersebut, ruang dalaman adalah berkeluasan 1307 kaki persegi.

Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 3 bilik tidur & 2 bilik air, Rekabentuk Rumah C107 ini amat sesuai untuk anda.

Bilik tidur utama mempunyai ‘attached bathroom’ didalam bilik manakala bilik tidur 2 & bilik tidur 3 berkongsi 1 bilik air di bahagian luar bilik.

Rekabentuk rumah ini juga mempunyai ruang tamu yang agak luas & selesa dimana ruang tamu ini diasingkan dengan ruang yang lain bagi memenuhi keperluan ‘provasi’ keluarga anda terutamanya jika anda mempunyai anak perempuan.

Di bahagian ruang ‘privasi’ untuk keluarga anda ini, terdapat 3 ruang utama bagi menjamin keselesaan anda & keluarga iaitu ruang makan yang agak luas yang dapat menempatkan meja makan untuk 8 orang, ruang TV/ruang keluarga dan juga ruang dapur.

Dengan sentuhan ID, ruang dapur ini boleh anda jadikan samada berkonsepkan dapur terbuka atau sebaliknya. Terdapat ruang basuh berhampiran ruang dapur yang juga boleh dijadikan bilik setor seandainya diperlukan mengikut kesesuaian keluarga anda.

Dibahagian hadapan, terdapat anjung kereta yang agak luas yang dapat memuatkan sebuah kereta & motorsikal. Anjung ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti semasa kendiri atau apa-apa majlis yang anda perlukan.

Di bahagian sisi pula, terdapat anjung rehat yang dihubungkan dengan ruang tamu melalui ‘sliding door’ 3 panel bagi menjamin pengudaraan yang berkesan di ruangan ini.

Di bahagian dapur pula, terdapat anjung dapur yang boleh dijadikan ruang jemuran atau untuk memenuhi keperluan aktiviti anda & keluarga anda dibahagian belakang rumah.

Perincian Rekabentuk Rumah C1-07

Saiz lot : 68 kaki lebar x 84 kaki panjang
Saiz Rumah : 48 kaki lebar x 54 kaki panjang

Luas Ruang Berdinding (LRB) : 121.40 meter persegi/ 1307 kaki persegi
Luas Anjung Berbumbung (LAB) : 34.00 meter persegi/ 366 kaki persegi
Luas Keseluruhan (LRB +LAB) : 155.40 meter persegi/ 1673 kaki persegi

Kategori : Rumah Banglo Setingkat

Bilik : 3 Bilik Tidur
Bilik Air : 2 Bilik Air
Tempat Letak Kereta (TLK) : 1 Petak TLK (Berbumbung)

Ruang disediakan :

Ruang Tamu
Ruang Makan
Ruang Dapur
Ruang TV
Ruang Basuh
Anjung Dapur
Anjung Sisi

 

 


Untuk membuat tempahan Lukisan Pelan Rumah ini, mohon klik link dibawah

<<TEMPAHAN PELAN>>


Galleries: DESIGN RUMAH 3 BILIK, DESIGN RUMAH SETINGKAT, and KELUASAN 1401-2000 KPS.