DESIGN RUMAH C104- PELAN RUMAH BANGLO 1 TINGKAT-3 BILIK (1538 KAKI PERSEGI-40’ X 54’)

     

    Pelan Lantai Design Rumah C104



    PERINCIAN REKABENTUK RUMAH BANGLO 1 TINGKAT C104

    Kategori = Design Rumah Banglo 1 Tingkat


    Luas Keseluruhan = 142.90 Meter persegi / 1538 Kaki persegi

    Luas Ruang Berdinding = 121.40 Meter persegi / 1307 Kaki persegi
    Luas Anjung Berbumbung = 21.50 Meter persegi / 231 Kaki persegi


    Bukaan Tapak/Luas Pelan Lantai = 40′ lebar x 54′ Panjang


    Ruang yang disediakan

    • 1 Anjung Kereta (1 Tempat Letak Kereta)
    • 1 Anjung Dapur
    • 1 Ruang Tamu
    • 1 Ruang Keluarga/TV
    • 1 Ruang Makan
    • 1 Ruang Dapur
    • 1 Ruang Basuh
    • 3 Bilik Tidur
    • 2 Bilik Air

    Perancangan Ruang : ‘Design’ Rumah C104 ini direkabentuk khusus untuk anda yang memiliki tanah lot berukuran sekurang-kurangnya 60 kaki lebar x 84 kaki panjang.

    Luas keseluruhan pelan lantai Rekabentuk Rumah C104 ini ialah 142.90 meter persegi atau bersamaan 1538 kaki persegi. Daripada jumlah tersebut, ruang dalaman adalah berkeluasan 1307 kaki persegi.

    Jika anda memerlukan design rumah dengan kapasiti 3 bilik tidur & 2 bilik air, Rekabentuk Rumah C104 ini amat sesuai untuk anda. Bilik tidur utama mempunyai ‘attached bathroom’ didalam bilik manakala bilik tidur 2 & bilik tidur 3 berkongsi 1 bilik air di bahagian luar bilik.

    Rekabentuk rumah ini juga mempunyai ruang tamu yang agak luas & selesa dimana ruang tamu ini diasingkan dengan ruang yang lain bagi memenuhi keperluan ‘provasi’ keluarga anda terutamanya jika anda mempunyai anak perempuan.

    Di bahagian ruang ‘privasi’ untuk keluarga anda ini, terdapat 3 ruang utama bagi menjamin keselesaan anda & keluarga iaitu ruang makan yang agak luas yang dapat menempatkan meja makan untuk 8 orang, ruang TV/ruang keluarga dan juga ruang dapur.

    Dengan sentuhan ID, ruang dapur ini boleh anda jadikan samada berkonsepkan dapur terbuka atau sebaliknya. Terdapat ruang basuh berhampiran ruang dapur yang juga boleh dijadikan bilik setor seandainya diperlukan mengikut kesesuaian keluarga anda.

    Dibahagian hadapan, terdapat anjung kereta yang agak luas yang dapat memuatkan sebuah kereta & motorsikal. Anjung ini juga boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti semasa kendiri atau apa-apa majlis yang anda perlukan.

    Di bahagian dapur pula, terdapat anjung dapur yang boleh dijadikan ruang jemuran atau untuk memenuhi keperluan aktiviti anda & keluarga anda dibahagian belakang rumah.


    Untuk mendapatkan lukisan detail Design Rumah C104 ini beserta ukuran dan spesifikasi pembinaan, anda boleh membuat tempahan melalui link dibawah..

    LUKISAN ASAS PAKEJ 1 (Format PDF Saiz A4)
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-1-laporan-rekabentuk-skematik

    LUKISAN DETAIL PAKEJ 2 (Format PDF Saiz A1)
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-2-lukisan-pembinaan-pdf-saiz-a1

    LUKISAN DETAIL PAKEJ 3 (Format AutoCAD)

    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/pakej-3-lukisan-pembinaan-autocad

    CUSTOM DESIGN/ PINDAAN DESIGN
    http://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/deposit-custom-design

    Nota:
    Menerusi lukisan yang ditempah, ianya boleh digunakan untuk membantu anda berbincang, membuat pengiraan kos dan membina rumah. Kami cuma menjual lukisan design rumah secara online sahaja dan tidak terlibat dengan pembinaan, ‘submission’ kepada PBT dan lain-lain.


    Jika anda seorang kontraktor bina rumah, anda boleh klik link dibawah untuk kami bantu anda dengan menyediakan Portfolio Design Rumah yang bakal memudahkan perbincangan awal anda dengan bakal pelanggan.
    https://pdr2019.com/


     

     

    Galleries: DESIGN RUMAH 3 BILIK, DESIGN RUMAH KONTEMPORARI, DESIGN RUMAH SETINGKAT, KELUASAN 1401-2000 KPS, and LEBAR TANAH 31-50 KAKI.