FORMULA MENGIRA ANGGARAN KOS

ANGARAN KOS

Cara mengira anggaran kasar kos pembinaan.

LANGKAH 1

Dapatkan harga RM/kaki persegi* semasa yang digunapakai oleh kontraktor di tempat anda.

*Harga adalah berbeza di semua tempat. Jika tiada boleh gunakan kadar sekitar RM 100 hingga RM 130/kaki persegi.

LANGKAH 2

Pastikan keluasan berikut:-

a- Luas Ruang Berdinding (LRB)*

b- Luas Anjung Berbumbung (LAB)*

*Bagi membantu anda, kami ada sediakan luas ruang berikut(*) didalam maklumat setiap design. Sila rujuk Kod Jualan design yang anda inginkan.

LANGKAH 3

Formula mengira anggaran kasar kos pembinaan.

 

Luas Ruang Berdinding (LRB) x Harga kontraktor (RM/kaki persegi)

+

Luas Anjung Berbumbung (LAB) x 1/2 Harga Kontraktor (RM/kaki persegi)

 

Contoh:

Design D101

Luas Ruang Berdinding = 1703 kaki persegi

Luas Anjung Berbumbung = 727 kaki persegi

Harga Kontraktor = RM 100/kaki persegi

ANGGARAN KOS = 1703 x RM 100 + 727 x RM 50

= RM170300 + RM 36350

= RM 206 650

 

SEMOGA MEMBANTU….!