Custom Design NE

ADAKAH ANDA ADA IDEA TERSENDIRI YANG TIADA DIDALAM GALERI ONLINE KAMI?


Kami bersedia membantu anda melalui perkhidmatan Custom Design NE.


ARKITEK ONLINE


Setelah melayari laman web kami, mungkin anda masih mengalami masalah-masalah seperti berikut:-

  1. Masih tiada design yang sesuai dengan keluasan tanah anda disebabkan tanah anda terlampau besar atau terlampau kecil, ATAU
  2. Masih tiada design yang sesuai dengan bentuk lot tanah anda disebabkan lot tanah anda bukan berbentuk empat segi tepat atau empat segi sama seperti kebanyakkan design di galeri kami, ATAU
  3. Masih tiada design yang sesuai dengan keperluan keluarga anda disebabkan anda memerlukan jumlah bilik atau ruang yang tertentu yang tiada didalam galeri kami.

Keadaan ini bertambah rumit apabila anda mungkin berdepan dengan masalah berikut yang biasa dialami oleh kebanyakkan orang yang ingin membina rumah terutamanya di kawasan kampung atau luar bandar iaitu:-

  1. Kesukaran untuk mendapatkan khidmat arkitek @ pelukis pelan di kawasan kampung terutamanya bagi rumah di bawah RM 300k.  Ini kerana, biasanya kebanyakkan firma arkitek terletak di bandar-bandar besar dan biasanya memberikan fokus kepada projek-projek yang bernilai besar sahaja.
  2. Yuran perkhidmatan yang agak mahal. Ya, memang betul. Yuran fee minimum untuk perkhidmatan arkitek adalah 10 % daripada nilai kos pembinaan bagi rumah yang bernilai di bawah RM 500k. Yuran ini termasuklah untuk perkhidmatan bermula daripada design, submission kepada Pihak Berkuasa Tempatan sehinggalah kepada pengeluaran CCC atau dahulunya dikenali sebagai CF. Bayaran untuk fasa design sahaja biasanya tidak kurang daripada 2-3 % daripada nilai kos pembinaan. Sebagai contoh, jika anda ingin membina rumah dengan kos RM 200k, bayaran untuk fasa design sahaja ialah antara RM 4k-6k…. Banyakkan…!

Keadaan ini mungkin memberi masalah yang besar kepada anda jika anda mempunyai bajet yang terhad…


Jangan risau…

Kami bersedia membantu Anda…!


“Custom Design NE merupakan satu platform untuk membantu pelanggan mendapatkan design baru berdasarkan kehendak tertentu pelanggan yang dikendalikan 100% melalui ONLINE (email/whatsapp) pada harga DISKAUN.


 Matlamat kami ialah untuk membantu seramai mungkin pelanggan terutamanya yang berada di luar bandar mendapatkan pelan rumah idaman dengan menggunakan teknologi seperti email & whatsapp tanpa perlu mengeluarkan kos perjalanan dan sebagainya yang jauh lebih mahal sekiranya perbincangan secara bersemuka dilakukan.


 Para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Custom Design NE ini juga dilindungi dengan JAMINAN 100% PULANGAN WANG sekiranya lukisan yang diterima tidak seperti kualiti yang kami nyatakan didalam laman web kami.


 Semoga dengan usaha ini dapat membantu anda mendapatkan pelan rumah idaman yang berkualiti pada harga diskaun walau dimana sahaja anda berada”


Jpeg

Amri Daud

Pengasas/CEO

Rekabentukrumah.com


Custom Design NE

(PENYEDIAAN REKABENTUK BARU)


Dalam perkhidmatan Custom Design NE, kami akan membantu anda dengan:-

  1. Menyediakan draf design awal dalam bentuk pelan lantai, pandangan 3D luaran & juga pandangan sisi.
  2. Menyediakan Lukisan Pembinaan (dalam bentuk softcopy format autocad) yang merangkumi lukisan berskala lengkap dengan spesifikasi pembinaan dan ukuran dalam unit meter & kaki seperti berikut:-
  • Pelan Tapak (Skala 1:100)
  • Pelan Lantai -setiap aras (Skala 1:100)
  • Pelan Bumbung (Skala 1:100)
  • Keratan Rentas A-A (Skala 1:100)
  • Keratan Rentas B-B (Skala 1:100)
  • Pandangan Sisi Hadapan (Skala 1:100)
  • Pandangan Sisi Kiri (Skala 1:100)
  • Pandangan Sisi Belakang (Skala 1:100)
  • Pandangan Sisi Kanan (Skala 1:100)
  • Jadual Keluasan Ruang

CONTOH LUKISAN AKHIR YANG ANDA AKAN TERIMA NANTI ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

PAKEJ 2 PLA

 


SELAIN ITU, ANDA JUGA AKAN MENRIMA LUKISAN PERINCIAN SEPERTI BERIKUT SECARA PERCUMA:-

wd11 wd22


DAN JUGA LUKISAN SKEMATIK TERMASUK LUKISAN 3D SEPERTI BERIKUT SECARA PERCUMA:-

PAKEJ 1 LRS


JADI BERAPAKAH HARGA UNTUK PENYEDIAAN DESIGN BARU INI…?


Harga Minimum TEMPAHAN


a- (Keluasan Dibawah 2000 Kaki Persegi CUMA RM 1599 (Harga PROMOSI)*

RM 2000 (Harga Diskaun Asal)
Bayaran Deposit HANYA RM 950 sahaja


b- Tempahan yang melebihi 2001 Kaki Persegi hanya RM 1/Kaki Persegi (Harga PROMOSI)*

RM 2.00/Kaki Persegi (Harga Diskaun Asal) 
Bayaran Deposit HANYA RM 950 sahaja


* Harga PROMOSI ini kami tawarkan untuk 20 pelanggan PERTAMA sahaja setiap bulan. Selepas kuota tersebut penuh, caj yang kami kenakan adalah seperti Harga Diskaun Asal. Sila SMS “STATUS CD NE” ke 013 227 0315 bagi mengetahui status kuota sebelum membuat tempahan.


6 LANGKAH MUDAH MEMBUAT TEMPAHAN…


Berikut adalah langkah-langkah untuk kami bantu anda jika anda berminat mendapatkan pelan rumah idaman anda melalui perkhidmatan Custom Design NE ini:-


LANGKAH 1

Buat BAYARAN DEPOSIT minima sebanyak RM 950 sahaja (Bayaran Deposit ini ada JAMINAN PULANGAN WANG 100%)


LANGKAH 2

Isikan Borang Tempahan & pastikan email anda. (Kami mencadangkan anda menggunakan email seperti gmail/yahoo untuk kelancaran proses komunikasi)

Sila klik disini untuk membuat pembayaran & mengisi Borang Tempahan


LANGKAH 3

Kami akan emailkan Borang Perincian Rekabentuk kepada anda selewat-lewatnya dalam masa 48 jam selepas bayaran disemak & disahkan. Mohon anda isikan borang tersebut & kembalikan semula kepada kami untuk tindakan lanjut.


LANGKAH 4

Selepas menerima Borang Perincian Rekabentuk daripada anda, pihak kami akan menyediakan draf pelan & quotation dalam masa 7-14 hari berkerja* dan emailkan semula kepada anda untuk disemak/ dikomen/ diulas/ DISAHKAN.

* Untuk makluman anda, kami bercuti pada hari Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan AM

Jika ada sebarang komen atau ulasan, pihak kami akan meminda draf tersebut sehingga anda bersetuju dengan draf pelan yang dikemukakan.

Nota: Pihak kami bersedia membuat pindaan berulang kali sehingga anda bersetuju/berpuas hati dengan draf pelan tersebut, namun ianya akan memanjangkan lagi masa & proses penyediaan pelan.


LANGKAH 5

Selepas mendapat persetujuan draf pelan lantai, penyediaan 3D luaran dan pandangan sisi akan disediakan dalam masa 7-14 hari bekerja*.

* Untuk makluman anda, kami bercuti pada hari Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan AM

Jika ada sebarang komen atau ulasan, pihak kami akan meminda draf tersebut sehingga anda bersetuju dengan draf 3D dan pandangan sisi yang dikemukakan.

Nota: Pihak kami bersedia membuat pindaan berulang kali sehingga anda bersetuju/berpuas hati dengan draf  tersebut, namun ianya akan memanjangkan lagi masa & proses penyediaan pelan.

Untuk makluman anda, penyediaan 3D memerlukan kos yang besar dan caj yang dikenakan biasanya mahal, namun kami sediakan perkhidmatan tersebut secara PERCUMA kepada anda kerana ianya akan membantu memudahkan anda memahami rekabentuk rumah idaman anda dengan lebih jelas dan membantu anda membuat keputusan.


LANGKAH 6

Sila buat baki bayaran tempahan & emailkan bukti bayaran tersebut.

Sebaik mendapat persetujuan draf 3D, pandangan sisi & baki bayaran tempahan, kami akan sediakan pelan akhir (Lukisan Pembinaan) dalam masa 10-14 hari bekerja*

* Untuk makluman anda, kami bercuti pada hari Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan AM

Lukisan akhir tersebut akan kami emailkan dalam bentuk softcopy dalam format AutoCAD & PDF


TERKINI….!

MOHON MAAF SANGAT-SANGAT…!


Bermula awal bulan ini, kami hanya menerima 5 tempahan sahaja…

Ini disebabkan kuota yang telah penuh dan kerana ingin menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan yang telah membuat tempahan.

Untuk pengetahuan anda, kuota perkhidmatan “CUSTOM DESIGN NE” ini sentiasa PENUH setiap bulan…

Ianya mungkin kerana harga yang kami tawarkan untuk perkhidmatan tersebut amat rendah berbanding kualiti serta jumlah lukisan yang bakal pelanggan terima nanti.

testi 4

Bahkan, ada pelanggan yang sanggup membuat ‘booking’ untuk tempahan pada bulan hadapan walaupun terpaksa menunggu kerana kuota bulanan telah penuh.

Jadi, siapa yang cepat, dialah yang akan kami bantu..

Semoga apa yang kami sediakan ini dapat membantu anda..


APA KATA PELANGGAN KAMI SEBELUM INI…?


testi 2 testi 6testi 9


Jika anda benar-benar berminat membuat tempahan,