CUSTOM DESIGN

ADAKAH ANDA ADA IDEA TERSENDIRI YANG TIADA DIDALAM GALERI ONLINE KAMI?


Kami bersedia membantu anda melalui perkhidmatan Custom Design NE.


ARKITEK ONLINE


Setelah melayari laman web kami, mungkin anda masih mengalami masalah-masalah seperti berikut:-

  1. Masih tiada design yang sesuai dengan keluasan tanah anda disebabkan tanah anda terlampau besar atau terlampau kecil, ATAU
  2. Masih tiada design yang sesuai dengan bentuk lot tanah anda disebabkan lot tanah anda bukan berbentuk empat segi tepat atau empat segi sama seperti kebanyakkan design di galeri kami, ATAU
  3. Masih tiada design yang sesuai dengan keperluan keluarga anda disebabkan anda memerlukan jumlah bilik atau ruang yang tertentu yang tiada didalam galeri kami.

Keadaan ini bertambah rumit apabila anda mungkin berdepan dengan masalah berikut yang biasa dialami oleh kebanyakkan orang yang ingin membina rumah terutamanya di kawasan kampung atau luar bandar iaitu:-

  1. Kesukaran untuk mendapatkan khidmat arkitek @ pelukis pelan di kawasan kampung terutamanya bagi rumah di bawah RM 300k.  Ini kerana, biasanya kebanyakkan firma arkitek terletak di bandar-bandar besar dan biasanya memberikan fokus kepada projek-projek yang bernilai besar sahaja.
  2. Yuran perkhidmatan yang agak mahal. Ya, memang betul. Yuran fee minimum untuk perkhidmatan arkitek adalah 10 % daripada nilai kos pembinaan bagi rumah yang bernilai di bawah RM 500k. Yuran ini termasuklah untuk perkhidmatan bermula daripada design, submission kepada Pihak Berkuasa Tempatan sehinggalah kepada pengeluaran CCC atau dahulunya dikenali sebagai CF. Bayaran untuk fasa design sahaja biasanya tidak kurang daripada 2-3 % daripada nilai kos pembinaan. Sebagai contoh, jika anda ingin membina rumah dengan kos RM 200k, bayaran untuk fasa design sahaja ialah antara RM 4k-6k…. Banyakkan…!

Keadaan ini mungkin memberi masalah yang besar kepada anda jika anda mempunyai bajet yang terhad…


Jangan risau…

Kami bersedia membantu Anda…!


“Custom Design NE merupakan satu platform untuk membantu pelanggan mendapatkan design baru berdasarkan kehendak tertentu pelanggan yang dikendalikan 100% melalui ONLINE (email/whatsapp) pada harga DISKAUN.


 Matlamat kami ialah untuk membantu seramai mungkin pelanggan terutamanya yang berada di luar bandar mendapatkan pelan rumah idaman dengan menggunakan teknologi seperti email & whatsapp tanpa perlu mengeluarkan kos perjalanan dan sebagainya yang jauh lebih mahal sekiranya perbincangan secara bersemuka dilakukan.


 Para pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Custom Design NE ini juga dilindungi dengan JAMINAN 100% PULANGAN WANG sekiranya lukisan yang diterima tidak seperti kualiti yang kami nyatakan didalam laman web kami.


 Semoga dengan usaha ini dapat membantu anda mendapatkan pelan rumah idaman yang berkualiti pada harga diskaun walau dimana sahaja anda berada”


Jpeg

Amri Daud

Pengasas/CEO

Rekabentukrumah.com


Custom Design NE

(PENYEDIAAN REKABENTUK BARU)


Dalam perkhidmatan Custom Design NE, kami akan membantu anda dengan:-

  1. Menyediakan draf design awal dalam bentuk pelan lantai, pandangan 3D luaran & juga pandangan sisi.
  2. Menyediakan Lukisan Pembinaan (dalam bentuk softcopy format autocad) yang merangkumi lukisan berskala lengkap dengan spesifikasi pembinaan dan ukuran dalam unit meter & kaki seperti berikut:-
  • Pelan Lantai -setiap aras (Skala 1:100)
  • Pelan Bumbung (Skala 1:100)
  • Keratan Rentas A-A (Skala 1:100)
  • Keratan Rentas B-B (Skala 1:100)
  • Pandangan Sisi Hadapan (Skala 1:100)
  • Pandangan Sisi Kiri (Skala 1:100)
  • Pandangan Sisi Belakang (Skala 1:100)
  • Pandangan Sisi Kanan (Skala 1:100)
  • Jadual Keluasan Ruang

CONTOH LUKISAN AKHIR YANG ANDA AKAN TERIMA NANTI ADALAH SEPERTI BERIKUT:-


SELAIN ITU, ANDA JUGA AKAN MENRIMA LUKISAN PERINCIAN SEPERTI BERIKUT SECARA PERCUMA:-

wd11 wd22


DAN JUGA LUKISAN SKEMATIK TERMASUK LUKISAN 3D SEPERTI BERIKUT SECARA PERCUMA:-

PAKEJ 1 LRS


JADI BERAPAKAH HARGA UNTUK PENYEDIAAN DESIGN BARU INI…?


Harga Minimum TEMPAHAN


a- (Keluasan Dibawah 1000 Kaki Persegi CUMA RM 749 (Harga PROMOSI)*

RM 2000 (Harga Diskaun Asal)
Bayaran Deposit HANYA RM 749 sahaja


b- Tempahan yang melebihi 1001 Kaki Persegi hanya RM 1.20/Kaki Persegi (Harga PROMOSI)*

RM 3.00/Kaki Persegi (Harga Diskaun Asal) 
Bayaran Deposit HANYA RM 749 sahaja


* Harga PROMOSI ini kami tawarkan untuk 20 pelanggan PERTAMA sahaja setiap bulan. Selepas kuota tersebut penuh, caj yang kami kenakan adalah seperti Harga Diskaun Asal. Sila SMS “STATUS CD NE” ke 019 8820714 bagi mengetahui status kuota sebelum membuat tempahan.

NOTA

Design rumah yang terpilih yang kami sediakan melalui Custom Design akan kami pamerkan semula di galeri online kami dimasa akan datang bagi membantu lebih ramai pelanggan yang memerlukan.


4 LANGKAH MUDAH MEMBUAT TEMPAHAN…


Berikut adalah langkah-langkah untuk kami bantu anda jika anda berminat mendapatkan pelan rumah idaman anda melalui perkhidmatan Custom Design NE ini:-


LANGKAH 1

Buat BAYARAN DEPOSIT minima sebanyak RM 749 sahaja.

Klik link dibawah untuk membuat tempahan

https://rekabentukrumah.ordersini.com/view/s/deposit-custom-design


LANGKAH 2

Kami akan emailkan Borang Perincian Rekabentuk kepada anda selewat-lewatnya dalam masa 24 jam selepas bayaran disemak & disahkan. Mohon anda isikan borang tersebut & kembalikan semula kepada kami untuk tindakan lanjut.


LANGKAH 3

Selepas menerima Borang Perincian Rekabentuk daripada anda, pihak kami akan menyediakan draf design dalam bentuk pelan lantai dan lukisan 3D dalam masa 7-10 hari berkerja* dan hantarkan semula kepada anda untuk disemak/ dikomen/ diulas/ DISAHKAN.

* Untuk makluman anda, kami bercuti pada hari Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan AM. Anggaran 7-10 hari bekerja ini juga bergantung kepada tempahan yang kami terima pada satu-satu masa..

Jika ada sebarang komen atau ulasan, pihak kami akan meminda draf tersebut sehingga anda bersetuju dengan draf pelan yang dikemukakan.

Nota: Pihak kami bersedia membuat pindaan berulang kali sehingga anda bersetuju/berpuas hati dengan draf pelan tersebut, namun ianya akan memanjangkan lagi masa & proses penyediaan pelan.


LANGKAH 4

Selepas Draf Design disahkan & baki bayaran diterima, lukisan akhir akan kami sediakan dalam masa 7-14 hari bekerja*

* Untuk makluman anda, kami bercuti pada hari Jumaat, Sabtu & Hari Kelepasan AM

Lukisan akhir tersebut akan kami emailkan dalam bentuk softcopy dalam format AutoCAD & PDF


TERKINI….!

MOHON MAAF SANGAT-SANGAT…!


Bermula awal bulan ini, kami hanya menerima 5 tempahan sahaja…

Ini disebabkan kuota yang telah penuh dan kerana ingin menjaga kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan yang telah membuat tempahan.

Untuk pengetahuan anda, kuota perkhidmatan “CUSTOM DESIGN NE” ini sentiasa PENUH setiap bulan…

Ianya mungkin kerana harga yang kami tawarkan untuk perkhidmatan tersebut amat rendah berbanding kualiti serta jumlah lukisan yang bakal pelanggan terima nanti.

Harga yang kami tawarkan tersebut juga lebih rendah kerana setiap design yang kami sediakan melalui perkhidmatan custom design ini akan kami paparkan di galeri online kami apabila telah siap nanti.

testi 4

Bahkan, ada pelanggan yang sanggup membuat ‘booking’ untuk tempahan pada bulan hadapan walaupun terpaksa menunggu kerana kuota bulanan telah penuh.

Jadi, siapa yang cepat, dialah yang akan kami bantu..

Semoga apa yang kami sediakan ini dapat membantu anda..


APA KATA PELANGGAN KAMI SEBELUM INI…?


testi 2 testi 6testi 9


Jika anda benar-benar berminat membuat tempahan,