Blog

4 PERKARA UTAMA kebanyakkan pelanggan yg nak bina rumah akan perhatikan pada Sesebuah SYARIKAT PEMBINAAN sebelum membuat keputusan melantik mereka…


4 PERKARA UTAMA kebanyakkan pelanggan yg nak bina rumah akan perhatikan pada Sesebuah SYARIKAT PEMBINAAN sebelum membuat keputusan melantik mereka…



.
.
Ianya bukan sekadar ‘umur’ SYARIKAT PEMBINAAN tersebut semata-mata…
.
.
4 Perkara tersebut ialah:-

1. Background orang yg berjumpa dengan BAKAL pelanggan tersebut.

Seboleh-bolehnya, anda sebagai kontraktor baru perlu pastikan anda atau wakil anda ‘sesuai & bersedia’ dengan tugasan ini. Cara bercakap, ilmu yg ada, sikap & sebagainya amat penting & selalu dilihat oleh bakal pelanggan.

“Bang, saya tengok, kontraktor tu tak boleh percaya je…”
Bila dah keluar ayat ni…memang tipislah peluang nak dapat projek..
.
.
2. ‘BAHAN’ yang dibawa untuk meyakinkan BAKAL pelanggan..

Kalau anda datang berlenggang…cuma bawa name card sekeping…& cuma berharap dgn kata-kata/janji manis yang anda akan lontarkan kepada BAKAL pelanggan anda tersebut semata-mata…jangan marah kalau anda jumpa pelanggan tersebut sekali sahaja seumur hidup anda..

Anda perlu buat persediaan kalau nak berjaya…

Sekurang-kurangnya, anda perlu bawa koleksi design rumah dengan JENAMA anda utk meyakinkan BAKAL pelanggan anda tersebut..

Kalau nak harapkan gambar projek yang anda dah siapkan, mungkin anda belum ada sebab syarikat baru..

Jadi cara yang terbaik ialah bawa koleksi design rumah.. Daripada sini, ianya akan membuka banyak ruang untuk bakal pelanggan tersebut menghubungi anda nanti….
.
.
3. Laman web @ FB page yg berinformasi

Sekarang ni dunia online.

Mana-mana bisness yang tak buat online, memang akan terkubur.

Dalam industri bina rumah persendirian, bakal pelanggan anda juga akan perhatikan kewujudan syarikat anda dalam dunia online.

Semakin banyak perkongsian anda tentang pembinaan melibatkan syarikat anda termasuklah perkongsian design rumah dengan JENAMA anda, semakin meningkat keyakinan bakal pelanggan anda tersebut kepada syarikat anda..

“Nak beli baju sehelai pun kita akan pusing 2-3 kedai, inikan pula nak bina rumah…mestilah bakal pelanggan akan buat survey habis-habisan….betul tak..?”
.
.
4. Sistem dalam syarikat pembinaan anda..

Jika anda ada sistem dalam syarikat anda, keyakinan bakal pelanggan anda akan meningkat lebih 2 kali ganda..

Sekecil-kecilnya, ada tak anda berikan borang untuk diisi oleh bakal pelanggan semasa pejumpaan kali pertama tersebut…?

Adakah anda menulis komen daripada bakal pelanggan tersebut di atas mana-mana kertas atau anda ada buku catitan khusus yang ada jenama syarikat anda..?

Ada tak anda terangkan SOP secara bertulis / langkah-langkah yang perlu dibuat oleh anda & bakal pelanggan anda sepanjang proses nak bina rumah..?

Jika anda berjaya wujudkan sistem untuk syarikat pembinaan anda, anda pasti dapat membezakan syarikat pembinaan anda dengan kontraktor ‘cikai’ yang lain…
.
.
.
Semoga pekongsian kali ini bermanfaat untuk anda. Mohon Like & share utk membantu lebih ramai orang…